Khamis, 6 Oktober 2016

Morning guys..

Lama tak tulis blog. So, kali ni nak share pasal istilah KW & KVA.

Kenapa ada sesetengah peralatan ditulis sebagai KW atau KVA?

Misalnya, peralatan yang menggunakan tenaga elektrik disebut dalam unit KW; 1KW, 1.5KW atau lain-lain.

Manakala peralatan yang menghasilkan tenaga elektrik disebut dalam unit KVA; 5KVA, 10KVA dan lain-lain.

Jadi, unit KW lebih menjurus kepada peralatan@beban yang menggunakan tenaga elektrik. Unit KW mengambil kira termasuk nilai kejatuhan faktor kuasa. Di Malaysia, nilai terendah dihadkan sehingga 0.85, bersamaan dengan pisahan sudut 32.2 darjah. Beban yang menyumbang kepada kejatuhan faktor kuasa adalah beban bergegelung (coil@winding)..such motors, welding set etc..kerana kewujudan medan magnet.

                                                         240V X 0.85

Unit KVA menjurus kepada peralatan yang mengeluarkan tenaga elektrik. Unit KVA tidak mengambil kira nilai kejatuhan faktor kuasa. such electtric generator & transformer. Bagi pihak pembekal tenaga elektrik, mereka tidak dapat menganggarkan secara tepat nilai kejatuhan faktor kuasa kerana tidak tahu jenis-jenis peralatan elektrik yang digunakan.

Walau bagaimanapun, keupayaan suatu generator@transformer untuk menampung sejumlah keperluan tenaga hendaklah mencukupi.

Kejatuhan faktor kuasa yang ketara akan menyebabkan terdapat kuasa yang dibazirkan. Misalnya..,sepatutnya tenaga yang digunakan untuk satu alat ialah 1200W, tetapi alat tersebut menyebabkan kuasa jatuh sehingga 1020W..So, pembaziran sebanyak 180W. Untuk menjadikan ia semula kepada 1200W, pihak pembekal terpaksa meningkatkan output transfomer dan saiz kabel ditukarkan. Guys, mungkin bagi pihak pembekal yang 180W boleh diabaikan. Bagaimana pula sekiranya berpuluh malah beratus alat bersambung? Mudah, jurang kejatuhan akan menjadi lebih besar. Sudah tentu keadaan ini membimbangkan pihak pembekal. Kenapa tidak, terpaksa upgrade banyak benda. Apabila ianya melibatkan kos, maka pihak pembekal boleh mengenakan caj denda kepada pengguna.

Walau apapun, peranan pengguna adalah penting agar jurang kejatuhan dapat dikurangkan. Bagaimana? Biasanya kapasitor digunakan secara tetap atau berperingkat. Sifat kapasitif adalah berlawanan dengan sifat induktif (gegelung) yang mana sifat kapasitif arus mendahului manakala sifat induktif arus ketinggalan. Jelaskan?

                                                 VA = 240V X 5A             = 1200VA
                                                 W  = 240V X 5A X 0.85 = 1020W

                                               Sebanyak 180W dibazirkan.

So, kaedah kawalan agar kejatuhan faktor kuasa tidak melebihi had; konsep ini digunakan;

                                                  F.K = KW/ KVA

                                            iaitu, nisbah diantara keduanya.

Contoh..,pihak pembekal menghadkan kejatuhan sehingga 0.85, Kuasa dibekalkan 11,000VA dan kuasa digunakan 10,000W.

                                                   F.K = 10,000W / 11,000VA
                                                          = 0.90

Oleh itu, nilai 0.90 masih boleh diterima kerana tidak rendah daripada 0.85. Jelaskan?

Dengan menggunakan kalkulator, kita boleh tukarkan 0.9 dalam bentuk sudut, iaitu 25.8 darjah. Nisbah atau jarak sudut boleh ditunjukkan dalam bentuk rajah trigonometri (segi tiga);







Bagi menentukan nilai kapasitor yang digunakan, nilai KVAr adalah sebagai panduan.

Ok guys, sedikit-sebanyak yang saya boleh kongsi-kongsikan.

Sekian, terima kasih.