Ahad, 13 Julai 2014

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Bagi bakal2 jurudawai yang bakal menduduki ujian, boleh dapatkan contoh2 soalan untuk ulangkaji. Seperti biasanya, blog ini tiadalah ada sebarang keuntungan untuk saya, hanya dengan cara ini saya dapat menjana pendapatan daripada soalan2 ulangkaji simpanan saya.

sila email saya juga disini;

yar76zam@yahoo.com

Terima kasih kerana memilih saluran ini sebagai saluran kerjaya anda.

sekian.
Assalamualikum dan salam 1 Malaysia

Setelah sekian lama berdiam diri barulah dapat meluangkan masa disini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kunjungan anda dan ingin memohon maaf diatas kurang respon saya kepada pembaca.

Banyak pertanyaan demi pertanyaan daripada negeri2 sebelah semenanjung dan Sabah. Rasanya perlulah saya terangkan disini.

Blog ini adalah saluran khas bagi perkongsian maklumat, pengiktirafan serta persijilan jurudawai bagi negeri sarawak. Perlu diketahui bahawa persijilan kekompetenan jurudawai adalah tidak sama dengan negeri2 lain. Ini adalah kerana perbezaan pentadbiran. Sarawak dengan dasar pentadbiran sendirinya mengurus serta mengiktiraf industri bekalan elektrik sarawak serta persijilan khususnya. Jadi disini, dari segi pensijilan adalah lebih banyak membantu warga sarawak.

Walau apapun, ada juga persamaannya dengan negeri2 lain. Apa yang termampu daripada saya, InsyaAllah saya cuba membantu. Teruskan bersama saya dan nantikan tulisan blog saya seterusnya.

Wassalam