Ahad, 13 Julai 2014

Assalamualikum dan salam 1 Malaysia

Setelah sekian lama berdiam diri barulah dapat meluangkan masa disini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas kunjungan anda dan ingin memohon maaf diatas kurang respon saya kepada pembaca.

Banyak pertanyaan demi pertanyaan daripada negeri2 sebelah semenanjung dan Sabah. Rasanya perlulah saya terangkan disini.

Blog ini adalah saluran khas bagi perkongsian maklumat, pengiktirafan serta persijilan jurudawai bagi negeri sarawak. Perlu diketahui bahawa persijilan kekompetenan jurudawai adalah tidak sama dengan negeri2 lain. Ini adalah kerana perbezaan pentadbiran. Sarawak dengan dasar pentadbiran sendirinya mengurus serta mengiktiraf industri bekalan elektrik sarawak serta persijilan khususnya. Jadi disini, dari segi pensijilan adalah lebih banyak membantu warga sarawak.

Walau apapun, ada juga persamaannya dengan negeri2 lain. Apa yang termampu daripada saya, InsyaAllah saya cuba membantu. Teruskan bersama saya dan nantikan tulisan blog saya seterusnya.

Wassalam

Tiada ulasan: