Sabtu, 23 Februari 2013

Program SCORE Sarawak

Salam 1 Malaysia..

Manfaat SCORE (Sarawak Coridore Renewal Energy) kepada Negara

Pelancaran Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE) oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah bin Ahmad Badawi berteraskan penerokaan sumber tenaga secara mesra alam dengan pelaburan berjumlah RM334 bilion dalam tempoh 23 tahun di Sarawak.

Dalam pelan induk SCORE, koridor tersebut memerlukan suntikan RM200 bilion untuk membangunkan pelaburan dalam industri, RM67 bilion untuk sektor tenaga, RM61 bilion untuk infrastruktur, RM3 bilion untuk modal insan dan RM3 bilion untuk infrastruktur institusi.
Kesan kepada rakyat; Rakyat setempat akan mendapat manfaat dengan kewujudan peluang pekerjaan dan  menikmati pembangunan infrastruktur seperti jalanraya, bekalan elektrik dan air bersih juga taraf ekonomi dan sosial.

Salah satu program terbesar didalam rancangan SCORE ialah pembinaan Empangan Bakun. Empangan Bakun adalah sebuah janakuasa hidro yang sedang dalam pembinaan merentasi Sungai Balui di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan sebuah empangan batu diliputi konkrit (concrete faced rockfill dam) (CFRD) yang tertinggi di dunia akan dibina. Ia juga akan menjadi empangan terbesar di Asia, selain beberapa empangan lebih besar di negeri Cina. Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun 2012.

Tenaga elektrik yang dijanakan akan disalurkan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Rancangan asal ialah untuk menggunakan 30% dari janaan di Sarawak dan selebihnya disalurkan ke Semenanjung Malaysia. Penghantaran ini memerlukan 660 km talian DC voltan tinggi di Sarawak dan 670 km talian DC voltan tinggi di bawah laut merentasi Laut Cina Selatan.
Di masa hadapan, janaan dari Empangan Bakun dirancang untuk disambungkan ke Grid Elektrik Borneo, yang akan menghubungkan grid elektrik sedia ada di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan.

Selain daripada itu, yang rancak dalam pembinaan dan ada sebahagiannya sudahpun beroperasi atau diuji output pengeluaran tenaga iaitu Empangan Murum, Bintulu dan Loji Arang Batu di Mukah, Sarawak.

 Pengenalan SCORE juga sedikit sebanyak telah merombak badan pengawalseliaan bekalan elektrik di Sarawak. Kini, Syarikat SESCO Berhad telah diletak dibawah pentadbiran Sarawak Energy.
              
Penubuhan Sarawak Energy seiring dengan program SCORE di mana SE diberi peranan dan tanggungjawab untuk memastikan perencanaan program SCORE berjalan dengan jayanya. Perubahan atau tranformasi ini begitu ketara di Sarawak di mana banyak peluang pekerjaan telah diadakan dan apabila  saya sendiri mengamati kesan ini dan memang benar jika kita melihat di dada akhbar, melalui talian di mana banyak tawaran perjawatan daripada SE.

Oleh yang demikian, ekoran daripada itu, institusi2 latihan teknikal dan kejuruteraan telah menjadi tumpuan kepada para belia untuk mempersiapkan diri, menyesuaikan diri dengan transformasi ini. Tidak hairanlah pusat institusi seperti   Akademi Binaan Malaysia, Giatmara, IKM, Politeknik, ILP dan lain2 telah menerima banyak permintaan dan pihak institusi perlulah menanganinya dengan baik untuk memastikan budaya saing yang baik dari segi kualiti latihan dan daya produktif. Kita perlulah bersama-sama menerima transformasi ini agar keperluan tenaga insan di dalam bidang ini sentiasa ada dan sentiasa menyediakan tenaga insan yang berkualiti. Ini adalah peranan kita..

Sebagai orang Sarawak, saya sememangnya berbangga kerana negeri Sarawak telah diberi perhormatan dan kepercayaan oleh negara Malaysia untuk menggerakkan industri ini. Secara tidak langsung, saya sebagai seorang Electrician turut menerima imbuhannya.

Sekian....

Tiada ulasan: