Jumaat, 22 Februari 2013

Makluman berkenaan projek bekalan elektrik luar bandar

Assalamualaikum wbkt.., salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Apa khabar?lama jugak saya tak update dan membuat catatan didalam blog saya. Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan projek bekalan elektrik luar bandar yang semakin pesat dan rancak berjalan.

Saya adalah salah seorang kontraktor yang turut terlibat dengan projek begini. Projek begini adalah sebahagian daripada usaha pihak kerajaan untuk membangunkan infrasturktur2 dan keperluan penduduk di kawasan luar bandar terutamanya.

Boleh dikatakan projek sebegini dianggap oleh ramai pihak sebagai projek 'durian runtuh'. Kenapa? Saya pun tak pasti mengapa tetapi ini pendapat saya:

1. Kontraktor tidak memerlukan sebarang lesen daripada pihak UPK, PKK dan CIDB sebagaimana projek kerajaan yang lain. Memadai mempunyai lesen kontraktor pemasangan elektrik daripada pihak berkuasa bekalan seperti EIU (Sarawak) dan ST (Semenanjung dan Sabah). Maka, tidak banyak kerja. Sesiapa sahaja boleh menjalankan pendawaian elektrik dalam rumah asalkan tahu bagaimana hendak melobi dan yang penting ada modal.
2.Untuk pendawaian dalaman, penghuni rumah diberi pilihan bagaimana membiayai pendawaian elektrik dalaman sama ada menggunakan duit sendiri atau membuat pinjaman daripada pihak pembekal dan dibayar secara ansuran. Maknanya, semua pihak berpeluang untuk menaik bekalan elektrik masuk ke dalam rumah. Jadi, kontraktor tidak perlu berasa bimbang tentang pembayaran.
3. Projek ini dijalankan secara pukal (melibatkan jumlah rumah yang banyak dalam sesebuah kampung/ rumah panjang). Jadi, semakin banyak rumah yang kita buat, semakin tinggi nilai keuntungan yang diperolehi.
4. Urusannya mudah tetapi perlaksanaannya memakan masa yang panjang.
5. Jumlah poin ditetapkan secara pakej iaitu 4 poin lampu dan 4 poin soket bagi harga RM800.00. Sekiranya penghuni berhajat untuk membuat lebih daripada poin yang ditetapkan, maka penghuni perlu membayar menggunakan wang sendiri.

Bagi kontraktor yang ingin melibatkan diri dengan projek begini, mereka perlu merujuk kepada kontraktor pelaksana pemasangan talian grid di sesuatu kawasan kerana mereka mempunyai maklumat terperinci berkenaan dengan perlaksanaan projek tersebut. Setelah mendapat maklumat yang dikehendaki, kebisaannya senarai nama dan kampung yang terlibat, kita perlu bergegas berjumpa dengan penghulu, ketua kaum atau tuai rumah berkenaan dengan hajat kita. Biasanya kita perlu berdialog dengan penduduk kampung untuk memaklumkan prosuder pembekalan elektrik, proses permohonan dan apa-apa berkenaan dengan pembayaran, pra syarat dan lain-lain lagi. Sesi dialog akan ditentukan oleh ketua kampung. Sebagai jurucakap, anda hendaklah berhati-hati dalam berdialog kerana kekuatan dan daya tarikan adalah bergantung kemahiran berdialog (memancing), keyakinan dan tawaran yang kompetitif. Saya sendiri sudah melalui pengalaman ini dan saya masih belajar bagaimana untuk meyakinkan penduduk kampung. Alhamdulillah, saya sendiri sudah mempunyai beberapa buah kampung dan masih rancak berjalan si kawasan Bau, Tabuan dan Matang, Sarawak. Harap semuanya berjalan dengan lancar.


Bercakap mengenai kontraktor pelaksana pemasangan talian grid, di Sarawak, kita mempunyai 4 kontaktor pelaksana iaitu:

1. Shorefield Engineering Sdn. Bhd.
2. Esawin Resources Sdn. Bhd
3. Ravenue Scope Sdn. Bhd.
4. Citra Alti Sdn. Bhd.

Yang lain, saya tak tahu lagi. Mungkin ini saja kot...

Alhamdulillah, pihak kerajaan telah memperuntukkan lebih kurang 200 juta untuk projek tersebut pada tahun 2013. Maknanya, projek ini akan terus berjalan selagi pihak kerajaan masa kini disokong oleh rakyat.

Baiklah, setakat disini yang boleh saya kongsikan bersama dan insyaAllah, saya akan membuat tambahan untuk catatan ini.

Kepada followers saya, saya mengucapkan terima kasih dan teruskan bersama saya.

Link berkaitan : http://www.theborneopost.com/2011/10/20/kemudahan-bekalan-elektrik-diperluas-paulus/

Sekian, wassalam..


Tiada ulasan: