Khamis, 27 Oktober 2011

Perakuan kompetensi Jurudawai yang dikeluarkan oleh ST(Semenanjung & Sabah) dan EIU(Sarawak)

Salam Sejahtera Jurudawai2 sekalian.......

Di Malaysia terdapat 2 jenis Perakuan kompetensi sebagai Jurudawai iaitu;
1. Perakuan Kokompetenan Sebagai Pendawai yang dikeluarkan dibawah Suruhanjaya Tenaga (Akta Bekalan Elektrik 1990)
- Terdapat beberapa kategori/ sekatan;
a. PW1 - Pendawaian 1 Fasa
b. PW2 - Pendawaian 1 Fasa & Endorsan Pengujian
c. PW3 - Pendawaian 3 Fasa
d. PW4 - Pendawaian 3 Fasa & Endorsan Pengujian
e. PW5 - Pendawaian 3 Fasa & Papan Tanda
f. PW6 - Pendawaian 3 Fasa & Papan Tanda & Endorsan Pengujian
- Perakuan ni hanya digunapakai di negeri2 tanah semenanjung & Sabah. Perakuan ni tidah sah digunakan di Sarawak.

2. Certificate Of Competency As a Wireman yang dikeluarkan dibawah E.I.U (Electricity Rules 1999)
- Terdapat 2 kategori/ sekatan;
a.Wireman 1st Grade - Pendawaian 3 Fasa
b. Wireman 2nd Grade - Pendawaian 1 Fasa
- Perakuan ni hanya digunapakai di negeri Sarawak sahaja.

Walaupun terdapatnya perbezaan ini, pihak EIU & ST sentiasa bekerjasama dalam membangunkan industri bagi karier ini. Kedua-dua pihak tidak menghalang sesiapa yang berwarganegara Malaysia untuk memiliki mana-mana perakuan tersebut.
Di Sarawak misalnya, sesiapa yang sudah memiliki perakuan Pendawaian(ST) yang ingin mendapatkan perakuan jurudawai (EIU), maka dikecualikan untuk menduduki peperiksaan tetapi perlu melalui proses temuduga sebelum perakuan dikeluarkan (sekiranya pihak EIU berpuashati).
Perakuan yang dikeluarkan oleh EIU ini mempunyai had tempoh selama setahun. Pembaharuan perlu dibuat jika had tempoh tamat. Jumlah bayaran untuk pembaharuan ini ialah sebanyak RM30 setahun. Syarat wajib lain yang membolehkan perakuan ini diperbaharui ialah pemegang perlu melampirkan sijil pertolongan cemas yang masih aktif.



Ada persamaan diantara kedua-dua perakuan tersebut, dari segi syarat-syarat untuk memilikinya.

Merujuk kepada Peraturan Elektrik 1990 (Akta Bekalan Elektrik) & Electricity Rules 1999 (Electricity Ordinance), kedua-duanya menyatakan bahawa;
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Mempunyai pengetahuan dalam bidang elektrik
  • Pendidikan yang sesuai  

  • Pengetahuan asas dalam pertolongan cemas
- Saya senaraikan 5 perkara yang utama.
Perakuan juga boleh ditarik balik;
  • Tidur semasa bertugas
  • Menyebabkan kerosakan kepada kelengkapan
  • Bahaya kepada nyawa kerana tidak cermat
  • Tidak menggunakan alat keselamatan
  • Pengaruh alkohol atau dadah
  • Membuat kenyataan/ memalsukan dokumen
 Kita akan mengupas dan memperbincangkan lagi berkenaan dengan topik ini dari semasa ke semasa. Sila terus bersama saya & saya mengalu-alukan pandangan pengunjung/ ahli.

Terima Kasih....

Rabu, 26 Oktober 2011

Salam muhibbah kepada Jurudawai & bakal Jurudawai

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung kerana sudi membaca dan berkongsi pendapat. Kepada Jurudawai, saya mengalu-alukan kunjungan anda dan mereka yang still study dalam bidang Juruelektrik, InsyaAllah saya cuba membantu dan memberi sedikit panduan berkenaan dengan tajuk-tajuk tertentu, dan apa yang penting ialah untuk mendapatkan perakuan kompetensi sebagai Jurudawai daripada pihak berkuasa tempatan.

Saya mengalu-alukan pengunjung daripada Sarawak kerana sebahagian besar ilmu pengetahuan dan pengalaman saya adalah dari negeri Bumi Kenyalang ini. Of course saya orang Sarawak.hehe.

Seperti sedia maklum, perakuan kompetensi sebagai jurudawai (di Sarawak) adalah dikeluarkan oleh pihak Unit Merinyu Letrik Sarawak atau lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai E.I.U (Electical Inpectorate Unit). Kalau kat negeri2 di semenanjung & Sabah, perakuan dikeluarkan dibawah Suruhanjaya Tenaga. So, jelas terdapatnya perbezaan yang agak ketara diantara negeri Sarawak & negeri2 semenanjung termasuk Sabah. Tak payah dipikirkan sangat ye,sebab ni orang2 politik punya cerita di era pembentukan Malaysia.

Disini saya akan mengupas sedikit sebanyak tajuk2 yang sesuai untuk persediaan oleh bakal-bakal Jurudawai untuk menghadapi peperiksaan kompetensi sebagai Jurudawai.

Mengapa perlunya perakuan kompetensi ni?
Kalau kita tengok di tapak-tapak binaan, memang banyak pendawai-pendawai. Saya akui mereka hebat & berpengalaman, tapi wajarkah dikatakan begitu sekiranya pihak kerajaan sendiri belum mengiktiraf kemahiran kita? Sama gak macam lesen memandu, ada dikalangan sosial yang boleh memandu tapi tak de lesen. Maknanya selagi kita tidak ada lesen atau perakuan ni, 1, kita belum diiktiraf, 2, kalau ada apa2 accident susah pok....Ermmm..alangkah baiknya sekiranya kita diiktiraf kan?

Satu lagi, tambahan pula pembangunan SCORE negeri Sarawak ni sedikit sebanyak memberi peluang pekerjaan kepada Juru2dawai yang memiliki Perakuan Wireman 2nd Grade & 1st Grade, yang tak de perakuan ni.......,setakat tu jelah..tak boleh pergi jauh..

Teruskan bersama saya, Yarul'Nizam, saya akan sediakan nota penting tapi ringkas & soalan2 yang berkaitan untuk rujukan atau latihan ataupun....,untuk membiasakan diri dengan bentuk soalan2 didalam peperiksaan kompetensi. Saya try nak dapatkan sesuatu (Imbuhan) disini, tapi saya belum nampak lagi.Slowly lah...

Ringkasnya, saya bekas penuntut di Institutusi Kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik Domestik & Industri..Pengalaman mengajar saya kalau nak diambik kira sejak dari 2002 hingga 2011 ni, dekat nak 9 tahun jugak. So, skrang ni saya pengajar di Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Sarawak) under CIDB. Saya adalah pemegang perakuan Wireman 1st Grade & PW4 untuk ST. Selain tu, saya ada lesen sebagai Kontraktor Elektrik di Sarawak dan diiktiraf jugak sebagai Authorized Tester untuk Domestic Wiring Installation. Semuanya kena Exam...

ABM telah diakreditasi sebagai pusat panel peperiksaan oleh EIU untuk mendapatkan perakuan Wireman 1st & 2nd Grade. Maknanya, sesiapa yang nak apply lesen wireman, kena exam dulu di ABM, tapi ada syarat2 tertentu. Selain ABM, of course ada institusi lain jugak dilantik, seperti PPKS, ILP & Pusat Giatmara (tak semua), cuma strict untuk student sendiri je. Orang luar kalau nak exam, ABM adalah laluannya, Well..selepas ni saya akan sampaikan maklumat dari semasa ke semasa k.



Terima Kasih..Teruskan bersama saya.

Contoh soalan-soalan peperiksaan kompetensi sebagai Wireman

Bagi mereka yang ingin melihat format atau mencuba soalan-soalan yang digunakan dalam peperiksaan kompetensi, sila e-mail saya di;

abmsw.yarul@gmail.com atau,

yar76zam@yahoo.com atau terus menghubungi saya di talian;

017-851 0153

saya boleh e-mailkan kepada anda dalam bentuk PDF tapi, at least something i can earn. apapun kita berhubung dulu k.

Terima Kasih bagi mereka yang terus memberi sokongan dan bersama saya didalam blog ini. Thanks




Yarul'Nizam.

Amalan Keselamatan bagi seorang Jurudawai

Topik pertama yang perlu diperbincangkan ialah keselamatan. Saya tidak memberi penekanan yang berat dalam topik ini kerana ia adalah topik umum. Semua yang terlibat dengan kerja-kerja teknikal pasti akan melalui topik pertama ini: Keselamatan. Kita juga sering terbaca kenyataan sama ada dalam bentuk papan tanda atau simbol 'UTAMAKAN KESELAMATAN' dimana-mana sahaja, sama ada dibengkel, tapak bina, kilang dan lain-lain.

Pihak E.I.U dan ST sendiri menekankan topik ini. Lebih jelas, setiap tahun peperiksaan kompetensi dijalankan sekurang-kurangnya 1(satu) soalan yang berkaitan dengan keselamatan. Kata kunci yang penting di dalam topik ini ialah 'AMALAN'. Apa yang perlu diamalkan atau dipraktiskan bagi seseorang jurudawai sebelum, semasa dan selepas membuat pendawaian elektrik.Itu yang penting. Saya sendiri selalu mengingatkan kepada pelatih-pelatih bahawa kita tidak perlu untuk menghafal apakah amalan tersebut kerana apabila kita sendiri mengamalkan tabiat yang dimaksudkan secara berterusan maka secara automatiknya ia akan menjadi jawapan kepada soalan ini, Apakah amalan keselamatan yang perlu diamalkan oleh seseorang jurudawai?

 Keselamatan Diri
Sebelum menyentuh berkenaan dengan 'sebelum, semasa dan selepas', apa kata kita terlebih dahulu melihat dari sudut perpektif diri. Ia melihat sikap & etika, kesesuaian pakaian, penggunaan alat keselamatan & prosuder ketika mengendalikan pepasangan elektrik. Kalau nak mengupas secara terperinci, sebenarnya banyak elemen yang boleh di tokok tambah (logik), namun kita akan beri keutamaan kepada 4 perpektif tadi.

 Sikap & Etika
Sikap adalah merujuk kepada tingkah laku seseorang individu. Semestinya apabila mempersoalkan tentang sikap, elemen-elemen positif perlulah diutamakan, Antaranya seperti;
1. Minat yang tinggi dalam bidang ini akan mendorong perhatian atau konsentrasi yang baik.
2. Tidak dipengaruhi oleh alkohol, dadah dan lain-lain.
3. Tidak membawa masalah-masalah peribadi ke tempat kerja.
4. Sentiasa menghormati dan mematuhi peraturan dari semasa ke semasa.
5. Pastikan tahap kesihatan yang minimal, seperti tidur yang mencukupi, kesegaran, spirit dan lain2.
6. Peka kepada sekeliling berkenaan dengan bahaya seperti sistem pendawaian itu sendiri, kerosakan alat-alat pertukangan dan kewujudan papan tanda keselamatan.
7. Sikap mengambil berat.
8. Of course disiplin yang baik menyumbang kearah etika yang cemerlang. Ini termasuk perngurusan masa, sikap proaktif, pengawasan yang minimal, berkreatif & berilmu.
9. Menganggap semua litar adalah hidup walaupun dimatikan. Ini memupuk budaya kerja yang lebih selamat.
10. Mematuhi dan menghormati penyelia atau pihak pengurusan.

Kesesuaian Pakaian
Kesesuaian Pakaian bagi seseorang jurudawai tidaklah seperti pakaian seorang tentera, tidaklah seperti jurukimpal logam, tidaklah seperti pemotong rumput. Pakaian hendaklah selesa, sesuai dengan tempat dan keadaan. Apa-apapun berikut perlulah diberi penekanan;
1. Sekiranya perlu membawa sejumlah alat pertukangan kecil yang banyak, pakaian yang mempunyai bilangan poket yang banyak adalah sesuai seperti seluar kargo, jaket kargo dan lain-lain.
2. Elak menggunakan pakaian atau seluar jenis tebal (jenis kain jean atau seumpamanya) kerana akan menganggu keselesaan jika melibatkan banyak pergerakan.
3. Elak menggunakan barangan kemas atau aksesori badan (berasaskan logam) seperti gelang tangan, rantai pinggang dan sebagainya. Seperti sedia maklum peralatan ini bersifat pengalir jika ada berlakunya kebocoran arus.

Penggunaan Alat Keselamatan
4. Gunakan pakaian keselamatan seperti kasut getah, topi keselamatan, sarung tangan getah dan sebagainya.
5. Gunakan peralatan keselamatan seperti safety harness jika melibatkan kerja di tempat yang tinggi.
6. Seseorang jurudawai sebaik-baiknya tidak rabun warna kerana kaedah untuk membezakan pengalir menggunakan kod warna (colour coding). Bagi mereka yang rabun warna, fikir masak2 sebelum menceburi bidang ini.
7. Seseorang jurudawai yang kompeten tahu bagaimana untuk melaksanakan kerja mengikut perancangan awal, pengurusan yang jitu dan beretika bagi mengelak kerja berganda.

Prosuder Ketika Mengendalikan Pepasangan Elektrik
Terdapat 3(tiga) bahagian kalau nak dikupas dibawah tajuk ni;
1. Keselamatan kawasan kerja
2. Keselamatan semasa membuat pemasangan
3. Keselamatan ke atas sistem pepasangan elektrik

1. Keselamatan kawasan kerja
Kawasan kerja hendaklah bersih, selesa, tidak bersepah dan bebas daripada minyak, air, gris supaya tidak tergelincir ataupun tidak terkena renjatan elektrik (air bersifat pengalir) ataupun tidak dijilat api (minyak bahan yang mudah terbakar) dikhuatiri berlakunya percikan api daripada elekrtrik.

Perhatikan disekeliling juga jika adanya sumber-sumber yang mudah terbakar. Kebiasaanya jika ada bahan yang mudah terbakar, pihak yang bertanggungjawab akan melabelkan bahan tersebut serti 'BAHAN MUDAH TERBAKAR' atau 'FLAMMABLE'. Jika ada, anda tidak boleh meneruskan kerja KECUALI ada POLISI KESELAMATAN tertentu yang disediakan oleh pemilik bangunan/ premis.

2.  Keselamatan semasa membuat pemasangan elektrik
Litar Mati
Semua kerja pemasangan sebaik-baiknya dalam litar mati (not energized). Kaedah biasa untuk mematikan litar seperti matikan suis utama, cabutkan fius atau apa-apa alat pemutus yang berhubung (linked) dengan litar tersebut. Ingat, mana-mana bahagian yang dimatikan, anda hendaklah memberitahu atau meletak notis agar litar mati tadi tidak dihidupkan secara sengaja oleh pihak lain. Bagi sesetengah keadaan, anda perlu bawa sekali fius bersama-sama anda.
Litar Hidup
Terdapat sesetengah kes, litar bekalan tidak dapat dimatikan atas sebab alasan tertentu. Jika demikian;
a. Beri tumpuan kepada satu litar sahaja. Jangan sentuh lebih daripada satu litar.
b. Gunakan sarung tangan bertebat dan yang penting, pastikan berdiri di atas lantai yang berpenebat ataupun, guna kasut getah.
c. Sila pastikan sistem pepasangan sudah dibumikan (grounding). Jika tiada, buat sistem pembumian sementara.
d. Pastikan peralatan pertukangan kering dan berpenebat.
e. Labelkan kabel atau litar yang sedang dibaiki.

Keselamatan ke atas sistem Pepasangan Elektrik
Jurudawai yang kompeten pastinya akan memasang alat-alat perlindungan didalam sistem pendawaian seperti fius, MCB bagi mengelak lebihan arus, beban lampau, litar pintas dan arus bocor ke bumi. Bagi sistem yang sudah lama (kebiasaanya 10 tahun), sistem pendawaian hendaklah diuji semula oleh penguji yang bertauliah dan jika perlu, buat pendawaian semula. Di tempat yang mempunyai risiko impak mekanikal yang tinggi, sistem pendawaian hendaklah dibina agar tahan dengan impak tersebut. Ini bermakna, seseorang jurudawai perlu menyediakan satu pakej sistem pendawaian yang komprehensif, bersistem dan selamat untuk digunakan.