Selasa, 18 November 2014

Ujian bagi mendapatkan perakuan sebagai Kontraktor Elektrik di Sarawak (100KW)

Salam 1 Malaysia..

Pada 11 - 14 November lepas, kursus Electrical Installation Contractor (EIC) telahpun tamat dengan jayanya. Program seperti kebiasaannya, adalah anjuran daripada pihak UPKP dan kami sebagai penyampainya. Program tersebut adalah yang terakhir buat tahun 2014.

Sejak program ini dijalankan pada tahun 2012, peserta dari awalnya belum lagi menduduki ujian EIC bagi mendapatkan perakuan sebagai Kontraktor Elektrik 100KW di Sarawak. Hampir 100 peserta sehingga kali ini. Tidak hairanlah banyak yang bertanya bila agaknya ujian EIC dijalankan.

Pihak kami memohon maaf diatas kelewatan mengadakan sesi ujian tersebut. Ini disebabkan komitmen yang terlalu banyak malah pada waktu yang sama, pihak kami turut mengadakan ujian kompetensi Wireman Gred 2. Kekurangan kakitangan serta kerja yang banyak menyebabkan masalah ini timbul.

Menyedari permintaan yang begitu tinggi sejak kebelakangan ini, pihak kami tidaklah ingin mengecewakan bakal-bakal kontraktor. Ujian EIC akan dijalankan seperti berikut:

Ujian: Electrical Installation Contractor (EIC)
Tarikh: 5hb Disember 2014
Lokasi: ABM Wilayah Sarawak, Kuching.
Masa: 3 Jam
Kaedah: Ujian bertulis sahaja
Yuran: RM150

Ujian adalah khusus untuk mereka yang telah mengikuti program kursus EIC melalui UPKP. Pengalaman dan latar belakang pendidikan anda amatlah diharapkan untuk menghadapi ujian tersebut.

Bagi mereka yang ingin menyertai ujian EIC ini, pastikan anda telah mengikuti kursus tersebut. Jika tidak, anda perlu memohon untuk mengikuti kursus melalui UPKP. Sila berhubung terus dengan pihak tersebut. Atau layari www.ss.sarawak.gov.my.

Sekali lagi pihak kami memohon maaf diatas sebarang kesulitan. Perlu diingatkan, ia adalah ujian, Hanya calon yang lulus sahaja layak mendapat perakuan sebagai Kontraktor Elektrik daripada EIU.

Semoga berjaya..

Tq.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam en.saya pernah menghadiri kursus ni di politeknik mukah sarawak june 2010.saya nak tya masih ada lg x kursus ni utk tahun 2015.kalau ade sy nak tahu bulan bila.saya nak bawa student kolej join kursus ni dan sy nak tahu berapa kos pembiayaan utk kursus ini.tq.

Unknown berkata...

Kursus dijalankan setiap tahun seperti biasa. Terima kasih di atas kerjasama anda pada tempoh hari. Semoga ada lagi program sebegitu rupa pada masa akan datang.

Semoga berjaya dalam hidup.