Selasa, 18 November 2014

Salam 1 Malaysia,

Pada hari ini, saya telahpun mengikuti kursus pertolongan cemas anjuran PBSM. Lokasinya di Jalan P. Ramlee, Kuching, Sarawak (bersebelahan Wisma Hopoh). Kursus tersebut berlangsung selama 2 hari termasuk sesi penilaian. Manakala yuran untuk mengikuti kursus ini sebanyak RM250. Terima kasih kepada pihak ABM Sarawak kerana membiayai kursus ini.

Sebagai pemegang kompetensi Wireman & EIC, syarat untuk memilikinya ialah kena ada Sijil Pertolongan Cemas. Sijil ini hanya bertahan selama 3 tahun. Sehingga tempoh tersebut, kita perlu mengikuti kursus tersebut sekali lagi sebagai 'Refresher Course'.

Sebelum mengikuti kursus di PBSM, saya pernah berkursus di Sesco Training Centre, Bintawa, Kuching. Kesempatan hanya 2 kali kursus sahaja. Ini adalah ekoran daripada perubahan dasar pihak Sesco Training Centre yang mengutamakan kakitangan Sesco @ Sarawak Energy sebagai peserta.

Walau apapun, usaha perlu diteruskan. Kursus di PBSM kali ini telah disampaikan oleh 2 orang penyampai yang berpengalaman, iaitu En T & Pn Catherine. Gaya penyampaian agak baik. 4 bintang.hehehe..

Topik hari ini berkisar kepada pengenalan am pertolongan cemas serta teorinya, Apa yang menarik ialah peserta membuat latihan CPR. Mr T memberi tunjuk ajar dengan baik. Bagi latihan membungkus,hehehe..membuat ikatan, balutan, hentikan pendarahan dsbgnya, disampaikan oleh Pn Catherine. Cukup menarik dan besok, hari ke 2..,dengan topik2 baru..tidak sabar juga untuk sesi penilaiannya.

PBSM adalah diantara pertubuhan yang bertujuan membantu masyarakat bagi isu-isu kesihatan, bencana alam dan lain-lain lagi. Ia adalah sebuah pertubuhan yang agak lama dan cukup dihormati.

Dulu, semasa menuntut, saya pernah join PBSM. Namun selepas tamat latihan, padam terus..Sekarang baru nak join balik. Maklumlah, keperluan industri.

OK..itu saja..

Untuk pertanyaan lanjut, sila merujuk ke pejabat PBSM berdekatan.

Daa...

Tq..

Tiada ulasan: