Jumaat, 8 Januari 2016

Cabaran tahun 2016

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia..

Dikesempatan ini ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2016!..Yeah!!..Semoga tahun ini memberi kekayaan yang melimpah luah, kesihatan yang baik dan kesejahteraan dalam hidup. Amin...

Apakah azam tahun 2015 sudah tercapai? atau mohon penangguhan ke tahun ini?..huhu. Apa-apapun, semoga tahun ini dapat memberi masa & ruang yang lebih baik untuk kita semua.

Setelah lama menyepi, kini saya kembali untuk mewarnai lagi wajah-wajah blog di paparan skrin anda. Semoga kali ini dapat memberi manfaat yang lebih baik kepada anda.

Cabaran untuk tahun ini adalah lebih hebat. Perlaksanaan program-program seperti kursus, bimbingan serta ujian-ujian kompetensi dipertingkatkan. mmmm...

Sekiranya tiada halangan, ujian kompetensi akan melibatkan beberapa siri kompetensi baru selain daripada wireman gred 2 dan EIC dimana dalam tahun ini, kita sedang merangka program untuk menjalankan ujian kompetensi bagi wireman gred 1 dan chargeman L1.

Selepas itu akan disusuli pula dengan program Chargeman L2.

Pada masa ini di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak, dalam proses menaiktaraf fasiliti serta kelengkapan bengkel elektrik. Ini semua adalah bertujuan untuk memberi khidmat latihan yang lebih baik sekaligus akan menjadi Pusat Latihan & Panel Peperiksaan yang terbaik di negeri ini. InsyaAllah.

Sentiasa bersama saya dan insyaAllah akan kembali dengan info-info terbaru.

Sekian, terima kasih.

6 ulasan:

Unknown berkata...

Kat Kedah ada jurusan membuat teknologi solar kat bumbung ...Kat Sarawak ada sik... saya berminat

Unknown berkata...

Ya,di sebelah semenanjung, itu adalah salah satu inisiatif bila mana pembekalan tenaga elektrik tidak hanya bergantung kepada sistem grid sahaja. Sistem solar juga digunapakai sebagai alternatif secara meluas. Di Sarawak, sistem solar hanya diguna di kawasan pedalaman. Kursus atau program berkenaan dengan sistem solar tidak begitu ditekankan. Setakat ini, ABM belum lagi menjalankan program ini.

Walau apapun, kita juga berharap agar program sebegini dapat diperhebatkan di Sarawak. Saya tidak pasti jika pihak Sesco (Sarawak Energy) ada menjalankan program ini. Kalau adapun, ia terhad kepada kakitangan mereka. Saudari cubalah dapatkan info daripada mereka. Pergi ke Sesco Training Centre, Jalan Belian, Bintawa Industrial Estates, Kuching.

Terima kasih.

Anthony berkata...

Bagaimana mendapat lesen syarikat untuk menjalankan kerja2 elektrik/pendawaian dengan kerajaan atau SESCO. Apakah syarat kelayakan yg harus kita patuhi.Saya tiada sijil wireman, cuma ada sijil elektrical motor tapi saya telah lama bekerja sebagai tukang elektrik di kilang dan offshore...Apakah yg perlu saya lakukan untuk membolehkan saya mendapat lesen tersebut..

Unknown berkata...

Thx Anthony..

Untuk memiliki lesen EIC (Electrical Installation Contractor), anda perlu memohon untuk menduduki ujian EIC dan jika lulus, EIC cert akan dikeluarkan.

Di ABM ada menganjurkan ujian ini tetapi andaperlu attend kursus EIC anjuran UPKP. Sila semak halaman UPKP Sarawak.

Untuk memiliki EIC, hanya perlukan pengalaman. Walau apapun, jika hendak berdaftar dengan mana2 agensi sama ada SE, CIDB dan lain2 perlu mengambil pekerja yang mempunyai sijil wireman sebagai orang kompeten.

tq.

mika berkata...

Assalamualaikum nk tanya,sekiranya sy masih mnuntut di universiti tempatan dlm Kejuruteraan Elektrikal adakah sy boleh menyertai kursus separuh masa PW2? terima kasih

Unknown berkata...

wsalam mika..

ya, mika perlu mengikuti kursus PW2 dan seterusnya menduduki ujian kompetensi utk mendapatkan perakuan tersebut.

Perlu difahamkan bahawa mana2 sijil, diploma atau ijazah adalah suatu kelayakan akademik sahaja. Mika masih perlu utk mendapatkan pengiktirafan daripada Suruhanjaya Tenaga sebagai jurudawai yang kompeten.

Banyak institusi yang menganjurkan kursus tersebut. Tapi Mika perlu pastikan mana2 institusi yang Mika ikuti sila pastikan institusi tersebut ada menganjurkan ujian kompetensi PW2. Tidak semua institusi menyediakan kemudahan tersebut.

Thx ya